ECOTOURISM INFO



Page Title








Daerah Kerian memiliki banyak aset alam sekitar dan ekologi yang secara langsung menyumbang kepada peningkatan kemudahan rekreasi dan pelancongan. Antaranya adalah hutan simpan paya bakau yang banyak terdapat di persisiran pantai Kuala Kurau hingga Kuala Gula dan Kelompang. Kawasan ini bersambungan dengan Hutan Simpan Paya Bakau Larut Matang di Kuala Sepetang yang diiktiraf sebagai salah satu kawasan hutan paya bakau yang bermutu tinggi di dunia. Selain itu, hutan paya bakau juga terdapat di kawasan Tanjung Piandang hingga ke Kuala Bagan Tiang dan bersambungan dengan kawasan Sungai Chenaam (Pulau Pinang) hingga ke Batu Kawan (Pulau Pinang).


Hutan paya bakau di Kuala Gula ini amat terkenal sebagai kawasan persinggahan burung-burung hijrah yang dijadikan sebagai kawasan ’sanctuary’ oleh Jabatan Perhilitan. Pelbagai jenis dan spesis burung hijrah boleh dilihat di sini dengan kemudahan ’bird wacthing’ yang disediakan oleh PERHILITAN. Kawasan ini juga dijadikan tempat popular bagi kaki-kaki pancing. Dua aset ini menjadi daya tarikan utama  pelancongan di Kuala Gula yang disokong dengan penyediaan kemudahan penginapan.

(Artikel ditulis oleh Abdul Aziz bin Ahmed. Hanya pandangan umum penulis daripada pengamatan. Kajian lanjut adalah perlu untuk fakta yang lebih tepat, jelas dan terperinci)

Aset Eco-Tourism Daerah Kerian